Isnin, Mei 28

senang anaknya beri

seorang anak duduk bersimpuh di celah kaki antara emak & ayahdanya,

tanpa segan silu anak mengungkapkan apa yang terdetik di sudut hati,

"aku mintak maaf,aku tak dapat nak beri duit tiap-tiap bulan untuk mak dengan ayahda,

aku tak mampu beri kesenangan dengan cara dunia,

aku hanya mampu beri kesenangan pada mak dan ayahda dengan solatku,

doa dalam solatku,

taatku pada kata-kata & perintah,

peradapan aku,

cara aku menyalin hidup,

dan niat aku nak bawa mak dengan ayahda melihat kebesaran Tuhan & minta Taubat di sana,

itu aku sebagai anak untuk mak dengan ayahda"...

masih lekat di bibir ayahda gudang garam & emak hanya diam merenung jauh ke jalan raya 2 baris.

anaknya angkat kaki & capai motor saga putih pulang ke sarang.

kesenangan yang anaknya beri.



Rabu, Mei 23

waktu kini sejarah

bersilang pangkah akan tiba,

korek-korek,

tembak-tembak,

terpekik-pekik,

dari kota besar sehingga kota kecil,

lenyap cinta bertahun-tahun,

bercucuk tanam politik tidak beradil,

tanah tumpah darah ku.

Selasa, Mei 22

rapat dulu,sekarang....

dahulu rapat..

ambil berat,

hari-hari bercakap,

sengih tangis bersaing,

mula sayang berpanggil-panggilan,

nama tak lekang di bibir,

minda terlekat dengan bayang

sekarang jauh..

terhalang,

tanpa bercakap,

tanpa saingan,

tak ada yang panggil,

tak luak dibibir,

tertanggal minda,

sepujuk memujuk,

p/s-jamu rapat tak adalah..


Jumaat, Mei 18

berkongsilah


mencari bukan senang,

mendapat memang senang.

andai jadi rezeki,

pikul kuat-kuat,

kongsi satu dulang.

janganlah lokek,xberuntung.

kongsi sama-sama,

ramai kaum yang mengikut

Khamis, Mei 17

butang

tekan butang bila kosong,

tekan butang lagi bila tersepit,

tekan butang selagi perlu,

sampai butang yang ditekan hilang..

kenapa hilang?

sebab tekan butang tu selagi boleh tekan.

jangan tekan butang tu lagi.


Isnin, Mei 14

bila ayahda berkata...

bila mulut tak lekang dengan gudang garam,

dengan segelas nescafe o bersulam,

bertafakur tenaga batin dengan zikir dalam hati..

'ingat bondo ni..

bilo somak dalam hati,

fikiran akan somak,

mato akan somak,

telingo akan somak,

perbuatan pon akan somak,"

setiap hari berpeluang,

semeja bersatu dalam naif,

hanya sehelai sepinggang & empat kepala satu peneman,

ayahda berkata..

Sabtu, Mei 5

merah yang terkenal

semerah warna baju,

mengalir kuat dalam tubuh,

hidup yang sentiasa mengajak merah bersama,

tiada warna lain yang tersesat dalam sebentuk tubuh,

itulah merah dalam hidup & mati,

si merah yang mahsyur dalam diam.

Rabu, Mei 2

itu bukan milik kita

bukan pemilik,

bukan juga empunya,

hanya mampu berpinjamkan pada yang mahu dipinjam,

hanya pinjaman bukan empunya.