Jumaat, November 30

Disember

datang pula tarikh yang baru,
tapi bukan utk aku.

mahu mematikan anai-anai yang ada di pondok kayu jati tanpa rasa jemu.


Ahad, November 25

bukan belah dosa

telapak tangan kau chantek,
membuatkan jantung aku berdebar-debar selaju kenderaan 120 km/jam.
jari jemari yang halus,
kuku yang jauh dari syaitan,
bahu yang ada pujukan tangis malam.

tapi sayang,

kau hulurkan tangan kiri.
tangan yang kau cebok,
telapak tangan yang penuh susuk,
bahu yang tiada tulang belakang..

bukan belah dosa..




Ahad, November 11

terhenti

'lebih baik bersila mencari duit,dari menonggeng mengira duit'

berhenti sekejap dari menongkah dunia.

Jumaat, November 9

cilaka?

berbuih teh tarik ditarik tinggi,
berjurih hati melonjak suka,
bila sudah sampai di puncak tinggi,
apa yang ada lara & duka.

cilaka!

jangan lupa,Tuhan maha Adil.