Isnin, April 30

waktu 2 hari

di luar tidak lagi belajar,

tapi di dalam sedang belajar,

di luar kaya duit,

di dalam miskin duit,

di luar ramai yang terpelajar orangnya,

di dalam masih mahukan belajar,

di luar potong rezeki di dalam.

adakah di luar itu baik dan di dalam itu si kurap?

di dalam layak terpelajar dari yang di luar.



Rabu, April 25

player

tak berkenan dengan sistem dunia,

andai dapat mengetuai dunia,

tiada si fakir,tiada si jutawan.

taat pada yang Satu,

taubat dalam sujud.

si batang yang berduri

Isnin, April 23

tersalah

tersalah...

langkah,

ucapan,

perlakuan,

pandangan,

pentafsiran,

kau mati..

mati dari pandangan manusia.

mati yang tiada sejambak bunga.

Ahad, April 22

bernyalakkan emak!

hari-hari.

berkunjung kedai mak.

biasalah bujang,memang 'mak' yang dinyalakkan.

bernyalakkan 'mak' sebab tidak berkertas daulat.

ada yang mampu,tapi 'mak' juga dinyalakkan.

bila percuma dapat,

sebutan 'mak' pun xpernah lagi.

tak bernyalak lagi,

lahir kau dari 'mak' yang tidak berkertas.

tidak patut untuk tinggalkan kedai 'mak' yang disebabkan nasi kosong bersambalkan telur dada sahaja.


Sabtu, April 21

jom bangkit!

aku xnak cakap banyak.

korang dengar lirik & layan muzik ini.

siapa berjiwa,mereka dengar.


DJ Fuzz x Altimet x Salam -Bangkit (radio)

Selasa, April 17

si sanggul gadis

hey gadis!

kau bersanggul pada pangkal diri.

berkenan lelaki menonton.

buang sanggul itu,

buang juga mata lelaki menonton.

bersanggul itu bagaikan melacur.

Ahad, April 15

selamat kau hilang

selamat dunia.

selamat atas jalan,

selamat ujian,

selamat dari-Nya.

kau tunggu bila kau tersungkur.

selamat kau hilang.

Sabtu, April 14

bye!

masih berkatil buruk.

apelah,masih buruk lagi,

huruf yang tertulis pun dah berhabuk.

sudah kabur bila hendak menelek balik.

xpe,sudah tiada yang hendak membaca.

p/s-ini bukan yang sekarang.
merah tetap merah!


Isnin, April 9

bukan si dungu

bercuit-cuit di hati,

apa yang salah?

sekali dipandang terbit si dia.

dua kali dipandang muncul si dia.

terakhir kali dipandang mata bertentang dengan si dia.

si dia yang bukan si dia.

si dia itulah yang mendungukan aku.

aku bukan si dungu. 

Jumaat, April 6

si pereka

lampu penyaksi si pembuat.

duduk , bergerak , berjalan..

menulis & mereka abstrak.

di depan kertas,

di belakang cerita,

di kiri si dosa

di kanan si pemuja.

disana pencerita,

disini dicerita.

di sana sini terlupa tentang pencipta.

si pembuat terkial-kial.

beralih angin hendak dirinya. 



Selasa, April 3

beralamak!


Alamak alamak alamak
Ala alamak
Alamak alamak alamak
Ala alamak

Alamak aku terjatuh dalam perigi
Tiada siapa tahu
Ketakutan ku bersendirian
Check kaki tangan kiri kanan
Semuanya okay tapi
Cuma tak pasti samada kepala okay
Ternampak dua tiga buku di sini

Warnanya berbeza isinya sama
Tajuknya lain cintanya sama
Oh kenapa tak kita bersama

Alamak alamak alamak
Ala alamak
Alamak alamak alamak
Ala alamak

Aku belek buku dari dekat
Aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh
Kamu nampak beza
Kamu tengok cetek
Kamu nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa hanya satu pereka
Kita sudah lupa boleh makan satu meja
Hingga kisah benar kita gelar cereka
Kita lupa kita
Hanya ingat kami dan mereka
Dan bagaimana boleh melarat begini
Ku kata
Alamak
Kau kurang memahami
Jadi kita semua sebut sekali lagi

Aku belek buku dari dekat
Aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh
Kamu nampak beza
Kamu tengok cetek
nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa hanya satu pereka
Kita sudah lupa boleh makan satu meja
Hingga kisah benar kita gelar cereka
Kita lupa kita
Hanya ingat kami dan mereka

Alamak alamak alamak
Ala alamak (lebih banyak yang sama)
Alamak alamak alamak
Ala alamak (daripada yang berbeza)

Alamak aku terjaga dalam perigi
Ingin ku ceritakan apa ku mimpi tadi
Kelam kabut capai tali terus daki pergi lari
Apabila ku tiba
Ku ceritakan kepada semua
Mereka tak percaya
Dianggap aku berjenaka
Mentang-mentang ku tak berkasut
Hanya disarungkan selipar
Selipar
Oh kenapa tak
Tak kita

Alamak alamak alamak
Ala alamak (lebih banyak yang sama)
Alamak alamak alamak
Ala alamak (daripada yang berbeza)


bikin

satu persatu hilang .

cakap-cakap jadi cakap-cakap .

di sisi telinga pasti berdengung .

terus bercakap, air liur meleleh-leleh .

asyik!

sampai tak sedar ada yang hilang .

bercakap lg & jadi cakap-cakap .

tanpa melihat .

bikin cakap lagi!

teruskan apa yang kau bikin ..