Sabtu, Februari 25

jangkaan yang ber'kalau'..

"kalau"

kalau kau seorang anak,apa tanggungjawab kau?

kalau kau hormat mereka,apa yang kau buat?


kalau kau sayang mereka,apa yang kau hulur?


kalau kau anak,kau hulurkan tangan balas jasa mereka.

kalau kau anak,kau pimpin tangan mereka.

kalau kau anak,kau tiap-tiap hari akan jenguk mereka.

kalau kau anak,kau sentiasa jaga mereka bila sudah tua.

kalau kau anak,kau tak akan hancurkan hati mereka.

kalau kau anak,pasti ketika mereka sudah tiada kau akan selalu jenguk makam mereka.

semuanya 'kalau' kau rasa kau seorang anak.


apakah kau seorang anak?




jahil ke ni?

boleh?

boleh ke?

boleh ke aku cuba.

cuba aku turutkan padahal perkara itu diluar kemampuan & jangkaan aku?

xsalah mencuba.

tapi.

tapi.

tapi.

tapi apa?


tapi itu datang sial.

Isnin, Februari 20

pantun budak sekolah

rencah pegaga ditambah asam,

kalau ditumis bersepul asap,

resam & adat jangankan suam,

jikalau tidak nilaimu lesap.


ruam didada jangan digaru,

kalau digaru melarat ia,

harga dirimu tiada seteru,

walau dicincang badai melanda.


anak sepat di tepi kali,

berlindung dari terik pujangga,

kalau tuan anak berisi,

jangan melayu hendak diduga.


parang tumpul sebab oksida,

ambil batu asah dihilir,

jika marah sebab bicara,

usah keris hamba pun gilir.


musang hitam dalam selimut,

halilintar megah berkilau-kilau,

pantun hamba buat sang takut,

hanya mengaum dalam mengiau.


pito' in heart

Sabtu, Februari 18

berterusan..

dari kampung ke tengah bandar..

dari selatan ke utara,pantai timur..

hanya dengan kuda putih..

bergerak..

hujan,panas terik..

hari ini,imuniti badan kurang mampu lawan anjing2 liar..

hari ini,sakit..


sakit...

Isnin, Februari 13

kepala dalam kepala

aku makan nasi,

kau pon makan nasi,

mereka pun makan nasi.

kita orang melayu yang tipikal dgn makan nasi.


aku boleh beri nasi waktu kau tak cukup pinggan.

kau boleh sedekahkan aku nasi waktu aku tak cukup pinggan?

kau & aku manusia yang berisikan MELAYU dalam Islam.


Melayukah kita?

Ahad, Februari 12

itu hantu!

nombor berangka.

berbentuk simbol yang tak lekang dari perihal manusia saban hari.

hilang angka,hilanglah segalanya termasuk waktu yang punya dua jarum,satu pendek &

satu panjang.

berpaksi masa itu.

bayar dengan angka,pasti dapat ape yang kita mahu.

bayar dengan angka,hilang juga dengan angka.


pasti..

angka itu berhantu utk manusia

Sabtu, Februari 11

kertas agung

hari ini aku tersedak..

aku terdesak..

desperate utk hidup..

aku punya kanggaro pinazzi original yg mungkin tak ramai yang tahu sbb aku minat &

aku suka..

semangat aku,peneman aku dijalanan..

sehari beralaskan sepinggan & berbekalkan bercawan-cawan air..

kaki aku diatas kaki sendiri..

Khamis, Februari 9

kaulu lah tu..

duduk..

dua lubang kiri kanan sumbat speaker,nak lari dari dunia sial..

cari-cari,trus cari lagi..

dari satu bahagian ke satu bahagian...

xjumpa lagi..

adap tiada bahasa apetah lagi huruf-huruf bertafsir..

Sabtu, Februari 4

apa kata..

bertudung..

bersongkok..

berbaju melayu..

berbaju kurung..

hilang tudung hilanglah songkok..

mane pergi?

rambut cantik,jaga rambut..

sluar pendek,baju ketat..

mane baju kurung?

zaman moden,jaga saham xnak jatuh..

kenalah jaga penampilan diri,baru orang pandang..

bahu pun terangkat lebih dari leher sendiri..

cakap pon dah moden,gelakkan orang bila bertutur macam budak lipat kaki seluar..

terlanggar bahu,pantang mahu dilanggar..

adap mana yang mereka belajar?

asal kau dari mana?

melayu,ohh melayu....
(si kenit pun)

Jumaat, Februari 3

berganti..

dah lama jugaklah..

dari sudah kahwin smpailah berbunting..

cukup masa pecah berair,kadangkala dipotong atas secara manual bukan auto lagi..

hebat!

adalah peganti untuk aku..

sudah berganti walaupon tidak terganti..




welkum 2 da world bro!

Rabu, Februari 1

kau

kau pehal??

aku kau tanye?..

aku fobia..

ye,aku fobia...

'fobia' yang buat aku jadi kecil..(tubuh aku memang kenit)

aku jadi batu yang berkepala,

aku jadi api yang bewarna-warna..

abs semua dilanggar tanpa toleh..

Astagfirullah...

kenapa kau ada 'fobia' ni??


semua ada ats kepala awak...