Ahad, September 30

soal-soal

boleh aku soal?

lapar betul perut,
kau boleh beri makan untuk aku?

aku dah mengantuk,
boleh kau tidurkan aku?

makin jenuh rasanya,
kau boleh hilangkan jenuh aku?

waktu solat dah masuk,
kau boleh solatkan untuk aku?

badan dah berlengas,
boleh mandikan aku?

jadual masa dah lari,
boleh kau gantikan aku?

tentu kau bodohkan aku sebab soal ku.

Rabu, September 26

ini 'neraka'

celik mata masuk tandas gosok gigi,cuci muka,cuci badan,

pakai baju siap bedak campur deoderent tambah minyak wangi,

solat dulu lepas buat air lepas itu minum laju-laju walau pun panas,

capai stoking sarung kasut siap jalan sambil tangan main dengan otak,

jalan pergi untuk cari pahala tambah pula dosa manusia dari hujung rambut sampai hujung kaki,

balik dengan perut kosong terus tidur tanpa mandi,

bangun tidur terus mandi sambil mata bengkak bertahik dalam otak,

pergi makan dekat kedai sambil fikir tentang kerja yang belum siap untuk hari depan,

balik makan terus buat kerja lepas itu terus terlelap sampai pagi sebelum celik mata yang bermula semula.

jangan jadi macam ini.

ini 'neraka'...

Isnin, September 24

ini bukan kata,bukan cakap-cakap

ini bukan kata,
ini bukan cakap-cakap..

aku dah kata..

ini bukan kata,
ini bukan cakap-cakap.

aku dah habis sungguh..

ini bukan kata,
ini bukan cakap-cakap.

aku dah tahu..

ini bukan kata,
ini bukan cakap-cakap.

aku masih sama..

ini bukan kata,
ini bukan cakap-cakap.

aku tunjal hati aku..

ini bukan kata,
ini bukan cakap-cakap.

belum sama kehedaknya..

Ahad, September 23

tak apa,aku pergi sana dulu ye!

aku dengar cerita saja,

tak apalah sebab cerita saja..

lepas dengar cerita aku kisahkan cerita itu,

lepas itu aku mahukan,bukan cerita tapi jasad dalam cerita tu..

perasaan ingin tahu makin membuak-buak,

sesudah aku faham cerita tu..

dari jasad,

dari asal usul,

dari mata kepala sendiri,

monohati sudah tahu jawapannya..

'tak apa,aku pergi Sana dulu ye'...

Sabtu, September 22

uji agaknya

malam tadi aku mimpi kau,

siang hari kau mengadu domba sama aku,

Tuhan uji aku agaknya..


Isnin, September 17

buang harapan

berpuntung-puntung asap,

tak kira ada di atas mahupun dibawah,

kota bagaikan neraka,

syurga hanya ada jauh di desa..

mahu saja aku kopek-kopekkan otak dia,

mahu saja aku toreh-torehkan kepala bapak dia,

biar dia tahu darah mengalir deras,

tapi..

aku masih berperikemanusiaan,

bila aku kata 'tak nak'!

buang saja harapan itu..

Ahad, September 16

aku tak bohong!

jujur,

aku tak bohong,

aku sedang bergerak dari khampong hinggalah ke kota..

aku tak bohong,

bila aku bergerak laju ke depan,

dari cermin sisi aku lihat gelap,

apa yang di depan sana cerah untuk aku?

aku tak bohong,

hati aku nakal bermain dengan persoalan,

apa yang sedang menanti aku?

aku tak bohong,

aku hendak bergerak laju-laju,

takut yang gelap itu kejar aku,

aku tak bohong,

aku jadi bodoh sekejap!

aku memang! tak bohong,

sesudah sampai ke kota aku tak jumpa secupak jawapan pun..

entah mana aku lari utk bertapak,

aku tak bohong!

aku jujur..

Gravy baby,shah alam..

p/s-Wani Ardy : 'teruskan,jangan berhenti!'

      Mosyuki Borhan : 'kau boleh!percayalah aku suka tenaga kau melontar jiwa!!'
 
      Adi Wafi : 'kau juga boleh jadi pria yang kau impikan'

                                                 

                                                     antara mereeka yang mengomen!

                                                                         kenalan baru!

tq najwa...