Sabtu, Julai 28

sesuap nasi pada hari tua

bapak duduk bersandar sahaja,

itu yang mampu dia buat..

hari-hari termenung,

dia tertunggu-tunggu siapa yang menjengah dia,

walhal tiada siapa yang datang,

tinggal hanya ada anak-anak yang berperanakkan kasihan melihat dia,

anak-anak itu yang merutinkan aktiviti harian bapak itu,

dalam hati bapak"ini yang benih aku balas?"

bapak hanya mampu menunjukkan dua jari tangannya(peace) pada anak-anak yang kasihan pada dia,

inilah bekalan untuk anak-anak tadi pada waktu tua mereka,

bapak tak mahu anak yang berperanakkan tadi jadi seperti dia,

'menunggu sesuap nasi pada hari tua'....

Sabtu, Julai 21

kiraan nafas aku dalam anatomy

nafas aku berkira-kira,

kiraan aku dalam anatomy,

setiap nafas yang aku hembus untuk...

keluhanku,

rintihku,

rungutanku,

kesakitanku...

setiap kiraan nafas aku adalah hidupku.


kerana Tuhan

kerana Tuhan,

masih ada dia..

kerana Tuhan,

masih teringat dia..

kerana Tuhan,

aku panggil dia..

kerana Tuhan,

dah lama bersama..

apakah ini takdir utk aku?

kerana Tuhan juga,

dia makin jauh..

kerana Tuhan juga,

dia sudah lupa..

kerana Tuhan juga,

semakin hari dingin bertamu..

kerana Tuhan juga,

tak sedar akan ketiadaan dia & aku..

kerana Tuhan,

aku masih ada untuk ketiadaan nya,

kerana Tuhan,

dia masih ada untuk ketiadaan ku..


apakah Tuhan sedang menguji?

apakah sudah tiada lagi?

p/s - katanya,'aku boleh dengar cakap kau'....




Ahad, Julai 8

lahir aku,payah dunia..

lahir aku dengan sengih,

tak semua yang suka dengan sengih aku,

lahir aku dengan keretakkan keluarga,

tak semua yang suka dengan kesenangan keluarga aku,

lahir aku dengan didikan agama,

tak semua yang suka dengan didikan aku,

lahir aku dengan kerjaya aku,

tak semua yang suka dengan tanggungjawab aku,

lahir aku dengan tulisan aku,

tak semua yang suka dengan pemikiran aku,

lahir aku bukan untuk dendam,

lahir aku bukan untuk panas baran,

lahir aku bukan untuk tekanan,

lahir aku bukan untuk dugaan,

lahir aku bukan untuk muka pahit,

lahir aku bukan untuk gaya yang teging,

lahir aku bukan untuk suara yang lantang,

lahir aku bukan untuk emosi yang berkocak,

lahir aku bukan untuk sering merungut,

lahir aku bukan untuk dendam..

jangan buat aku lahir sebegitu,

payah dunia..

kaku.

punya di depan,

di kanan,

di kiri,

di belakang..

tiada yang beri ruang masa

sehingga kaku,

kaku untuk menulis.