Rabu, Oktober 31

pasti

suatu hari pasti,

'manusia tak pernah beri peluang kepada susah & kepada senang itulah peluang yang diberikan oleh manusia'..

pasti..

hujan.

Ahad, Oktober 28

chinta

kau pernah berchinta?

apa kau rasa chinta?pada manusia.
apa kau rasa chinta?pada Tuhan.

tentu-kau-rasa-gembira-suka-bahagia-senang-lenang-sikit-tak-menitis-air-mata-hidup-macam-dalam-syurga.

pada manusia.

pada Tuhan?
berhari-hari Kau ajar masa aku,
Kau sekolahkan pakaian aku,
Kau rotan kepala hotak aku,
Kau sepak kelakuan aku,
Kau suntik aku dengan cara Kau.

selai-demi-selai-cerita-chinta-dah-aku-muntahkan-dalam-tong-sampah-besar-dibakar-dalam-basah
sungguh *gatal* cara rompak hati aku dari Tuhan.

penipu kau ada dalam mimpi aku,aku ditipu kau.
nyata.

Sabtu, Oktober 27

setia

dia berdiri.
depan pintu pagar.

dia berdiri tanpa sedar.

dari alam yang sedang memberontak,
dari manusia yang menyihirkan dia,
dari binatang yang ingin membogelkan orang,
dari sekelilingnya yang busuk!hancing!

dia masih berdiri.

setia.

Sabtu, Oktober 20

" klik ! ' & bisu

bila ditekan nama 'klik!'

salur darah terus laju berjalan ke jantung & menyebabkan jantung mengepam darah laju macam pinston motor wave 125 kaler putih.

saat itu mata makin sayu & hati mula sedih jatuh ditimpa kelapa atas kepala.

tersingkap kitab lalu dan terus lalu dalam ingatan yang memiliki neuron-neuron yang masih segar.

bibir mula membisu hinggalah 365 hari.

365 hari jadi saksi.
saksi untuk bangkit.

'klik!' & bisu.

Selasa, Oktober 16

sejiwa

aku tunggang,

dalam tunggang aku tahu.

' jiwa-yang-ada-janganlah-diganggu-dengan-hasad-dengki-khianat-manusia-nanti-jiwa-itu-hilang-macam-chipsmore-sebab jiwa-itu-macam-roh-yang-Tuhan-berikan.
jiwa-halus-tak-nampak-tapi-boleh-tonton-dengan-perilaku-si-pelaku.
biarkan-jiwa-itu.
jika-salah-barulah-betulkan-seperti-bapak-menegur-anak. '

sejiwa.


Jumaat, Oktober 12

batin

hendak meng'iya'kan,

sulit kata zahirku.

sumpah seranah bernanah,

rombak dalam gundah,

batin bersetuju.

Rabu, Oktober 10

lapar

kosong lebih dari isi.

dari terkucil sampai deruan angin mengilakan,

sebak hingga menangis tanpa esak,

mengomel tak tentu hala,

pasti pagi nanti bengkak dipenuhi angin sejuk.

Selasa, Oktober 9

licin

seteru angin bersama langit,

terus mengelirukan,

berlari matahari berkibar,

tetap kalah.

licin.

Sabtu, Oktober 6

masih

mati sudah segala kebaikan.

adat?

siapa yang wujudkan?

yang dahulu sudah mati,

tinggallah anak cucu dicabul & dikitai..

siapa harus dipersalahkan?

sial.

masih.

Selasa, Oktober 2

lastik

kau ditawarkan utk terbang jauh tinggi,

kau ambil,kau terima..

bila kau dah terbang tinggi,

ada orang nak lastik kau pakai batu..

boleh kau terima?