Isnin, September 23

oh !

lama sudah tak berbunyi

barisan kata masih dalam tuli

pekikkan hutang merentap badan

kudrat hidup berkocak air dalam cawan ..

oh !

Khamis, Ogos 29

sesak

dunia tercemar ..
itu memang daerah zaman

murni dunia diagungkan
murni jiwa terpelangkung

sesak dalam hakikat yang mula dirapatkan

Isnin, Julai 22

Rahsia Dia

dalam niat ada sangsi 
dalam sangsi aku berbagasi 
bagasikan cita dan kasih 
pada Dia yang masih 

berdandan peluh terpelocok 
aku masih dalam keadaan yang becok !
aku aturkan sedikit demi sedikit untuk Dia 

dan
aku mula ..

kupik rahsia Dia 
lapar , 
dahaga ,
kenyang dan hanyut lapar kembali 

kerana rahsia Dia .. 

Jumaat, Julai 5

P.E.R.E.M.P.U.A.N

kau mahu isi ?
ya,aku mahu .

nah , ini plastik yang tiada nilai di dunia ini .
Kau isilah sebaik mungkin sebab aku tak berikan kepada sesiapa plastik ini kecuali kau .

*tak ada seurat kasih dari mulut untuk mengucapkan terima kasih*

apa yang ada hanya lumpur ,
warna hitam menyelubungi jernih tanpa sedar ada serangga yang sedang membiak ..
pimpinlah sembilan akal di ruang mulut 
dan pimpinlah satu napsu kerana sayang dari Dia ..

Isnin, Mei 27

anggur

aku masih di sini
disapa anggur

suruh ditanam berhari-hari
tanpa ketahui bila waktu luputnya

di sana masih ketawa
di situ masih tersenyum

aku masih di sini
menanam anggur.

Sabtu, Mei 25

taubat

bila peluang diberi untuk bercakap
dihentak untuk berdiam
degil memang satu rasa yang majal untuk dibuang sisiknya
teruskan dan...
ditengking untuk diam !
apa yang mampu
menyerahkan kepada Dia untuk bercakap
memberikan apa yang telus untuk kebaikan
andai itu hanyalah satu persinggahan maka berusahalah menyelak diri kembali
siapa kita kalau bukan dari Dia ?
apa yang diberi adalah kesyukuran dan apa yang telah ditentukan
wajib dikembalikan kepada Dia

Ahad, Mei 19

.........................................................................................................................................................................................................................

pada suatu ketika .......................................................................................................................................

...................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................kembalikanlah dua kalimah

Ahad, Mei 12

siapa aku ?!!!!!

bercakaplah dengan diri sendiri .....

siapa aku ?
siapa aku ?!
siapa aku ??!!!!!

akan terbit suatu pengenalan
dari jasad kepada roh
dari roh kepada jasad
bila sudah kenal dan bercinta
sampai ketikanya..
mati diri dengan kesempurnaan
sempurnanya diri kerana Tuhan

Selasa, Mei 7

manusia vs orang

manusia..

satu orang kaki kelepet,
satu orang kaki gila kuasa,
satu orang bermain dengan Tuhan,
satu orang tepuk tangan,
jadi,lebih dari satu..

maka,
banyak manusia jadi kaki kelepet !
banyak manusia jadi kaki gila kuasa !
banyak manusia bermain dengan Tuhan !
banyak manusia tepuk tangan !

bunga raya hidup segan mati tak mahu..
hatinya cuma mahu bersatu..






                                                               .. untuk manusia bkn orang ..
                                                           




Khamis, April 18

#jalam (jalan lampau) 1

...Love...
satu titik yang lahir bila tercipta dan dicipta
susah itu kasih
senang itu sayang
setitis jatuh
berlopak-lopak
berkolam - kolam
berempangan
berlautan
diseluruh pelusuk hati bumi

kertas agung jadi bangsat 
bayangkan...
jatuh sekali
jatuh dua kali
jatuh berkali-kali

miskin
tanpa duit
tanpa bumbung teduh
tanpa apa-apa

hanya ada
anak-anak yang masih hingus tanpa kain sapu

gudang garam masih setia
neskefe pengubat luka
batang dan lubang menangis..

Sabtu, April 6

tahu dan mahu

kau tahu?

aku minta hati kau,
untuk menjamu sikap aku yang ber'arak',
kasih sayang aku yang bercandu,
yang masih maksiat dalam mata dan rasa..
supaya bila aku mati nanti dapat makna yang subur..

aku cuba tanya apa yang kau mahu?
tapi kau diam...
yang aku pasti lepas aku mati nanti...



Sabtu, Mac 16

buah merah di tasik lumpur

bertahun - tahun aku menanti buah merah berbunga di tepi tasik lumpur tanpa ada noktah kerana buah merah penuh dengan duri - duri rahsia dari Tuhan di Atas sana

hanya sehari saja aku kehilangan pokok buah merah di tepi tasik lumpur tanpa berbunga dan adanya noktah maka buah merah yang dinanti hilang duri - duri rahsia kerana takdir Dia

ghaibnya noktah buah merah yang berbunga di tasik lumpur


Sabtu, Februari 2

nanti

aku kenal kau,
seorang sunti yang punya jiwa yang besar,
besar dari saiz yang kau miliki..


dengan jiwa kau yang besar itu,
kau tak pegang,
kau tak genggam,
kau tak ikat,

cuma..
kau sentuh,
kau rasa,
dan kau biarkan.

kau padamkan kerana takut.
aku turutkan kerana kau tahu jawapannya..
nanti...

Jumaat, Januari 25

haram kau letak di mana?

..."kau tau apa itu haram ?"...
...'kau tau apa itu halal?"...

duduk setahun jagung umpama baru tumbuh,
dimana kita anak yang baru habis mencubit punting-punting hawa..

kita cerita tentang anak-anak ikan bersepah di tepi pantai,
sedangkan bapak-bapak ikan gembira selamat ditengah pantai,

kita bercakap tentang alam kita,
tapi apakah alam di luar sana kau pernah terfikir?

tak usah mendabik dada tentang agama,
alam sendiri belum mampu dikawal,
sudah tentu alam diluar tewas.

Selasa, Januari 15

apa itu jari?

kita punya tangan,
tangan yang punyai 5 jari,
jari ibu,telunjuk,hantu,manis,kelingking.
siapa agak-agaknya beri nama-nama jari tersebut?
aku kurang fasih & slow pasal sejarah.

lima jari ni ibarat seperti adik-beradik,
semua duduk rapat antara satu sama lain.
tak pergi mana pun,tetap duduk rapat sampai ke mati.
bezanya cuma satu,saiz juga ketinggian.
jadi kita harus kenal setiap jari-jari yang kita ada,bukan kenal pada nama saja.
kenallah dalam-dalam.
baru kau tahu kehidupan.

Ahad, Januari 6

piring hitam

3tahun lalu,
aku pernah kenal dengan anak jawa,perempuan jawa.original bukan ciplak!

aku kenal kau melalui talian merah,
dari talian merah kepada empat biji mata..

kau kenalkan aku dengan domino pizza,
kau juga kenalkan aku pada tapak hati.

aku pernah makan nasi ambeng satu dulang bersama kau,
bawa hati aku ke tempat lebih dalam curamnya.

aku makan depan keluarga kau.
hati aku jatuh ke dalam curam itu.
aku jatuh hinggakan aku mati sekejap depan mata kau.

kini,
apa yang pernah,datang juga dalam bait-bait fikiran aku.
bait-bait itu telah pun kau putarkan pada hari ini dalam piring hitam.

Selasa, Januari 1

patung

patung bagi orang Islam tak boleh dipuja,tak boleh disimpan,tak boleh dijadikan tempat sembah,tak boleh untuk dijadikan apa-apa dalam cara apa sekali pun.
aku diaggap patung ?..aku dijadikan patung oleh orang-orang ( manusia agaknya )
apa yang harus aku katakan ?
agaknya Tuhan sudah gelapkan mata mereka,
dan aku diselubung dengan kain putih.