Khamis, Ogos 30

'steem'

dari kecil hingga ke besar,

kecik besar-kecik besar indera aku,

'steem' kata orang,

kata aku tidak!yelah sebab mata aku,

ye!memang lagak mata aku sebegini,

jenuh nak cakapkan pada 'orang-orang',

aku layankan,

aku meng'iya'kan,

'mata steem' baru orang kenal siapa aku,

lagak ku 'steem' berisi nafas..



Sabtu, Ogos 18

meraikan umat Islam

aku hanya meraikan manusia-manusia yang beraya pada hari raya.

Selamat Hari Raya tahun 2012..


Rabu, Ogos 15

kata putus dari dia

tak tahu?

was-was?

ragu-ragu?

curiga?

kata putus dari dia,..'biarlah aku jadi suami kau sebelum kau berkahwin nanti'...

terkedu dengan jawapan itu..

Sabtu, Ogos 11

sebab tak ada yang tegur

berbotol-botol air cuba aku togak,

berlumba juga air yang ditogak jatuh basahkan baju aku,

ya,memang selekeh gayanya sebab tak ada siapa yang tegur..

Ahad, Ogos 5

tak tenang

aku pulang dengan nada lagu,

tak apa,hati tenang saja...

tiba-tiba!

serba serbi tak kena,

bergolek tak lena,

tidur tak bertempat,

makan tak berperasa,

hati tak sejuk,

cakap tak beerti,

kerja tak fokus,

apa nak jadi?

Ya Allah,ampunkan dosa-dosa aku..

nada lagu yang aku bawa tak tenang sebenarnya..

rumah sebagai pelindung

jadikanlah rumah sebagai pelindung,

moga tiada badai yang datang melanda,

andai ada cebisan-cebisan anjing-anjing liar datang,

maafkanlah & suruh pergi jangan datang lagi..

jadikanlah rumah sebagai pelindung,

tempat untuk meluahkan segalanya,

andai tenang jiwa & raga,

bersatulah tanpa ada dua yang berkepala,

jadikanlah rumah sebagai pelindung,

makan minum bersama,

andai kebulur si bapak,anak seiring bersama,

rezeki halal yang datang,menjamah semeja bersama..

jadikanlah rumah sebagai pelindung,

sekeluarga bersama bergembira,

andai ada sepak terajang ketika bersama,

anjurkan majlis solat berjemaah sama-sama!



p/s-salam Ramadhan & Nuzul Quran