Isnin, Disember 31

bertukar

bumi bertukar hayat,
manusia jua.
apa hati juga bertukar ?
boleh bengkok lidah yang tidak bertulang.

Khamis, Disember 27

sejadah

berdirinya aku di sini,
tak perlu dipaksa,
tak perlu diarah,
tak perlu disuruh orang,
berdiri saja untuk Dia,
sungguh-sungguh..

air dikutip untuk menghalalkan,
setiap langkah mulut terkumat -kamit,
tunggang tebalik aku bersenam,
habis langkah salam di beri,
atas kain suci.

apa itu sudah memadai untuk aku?
dengan tapak tangan aku minta.
masih lagi menunggu,
waktu seterusnya.

Selasa, Disember 18

tak jadi ke awan

aku tak harapkan yang tinggi menggunung ke langit,
cukuplah sekadar berada di atas awan yang penuh dengan kasih sayang.

ada pula burung murai terbang meniup angin ke telinga ketika hendak ke awan,
tak apa sebab aku baru mula,
si merbuk seiring dengan aku,dia tahu sikap si murai.
setibanya aku di awan,
aku lihat tak ada kasih sayang,
tak ada nilai tawa antara awan-awan dengan si burung-burung,
murai mengugut,
merbuk jadi mangsa,
awan jadi raja.

apa mahu aku duduk lagi di atas awan seperti mana yang aku harapkan?
aku masih mentah untuk duduk di awan,
takut terlolos jatuh ke tanah mati.

maaf,
aku blah!

Rabu, Disember 12

bapak

bapak.

suruh aku sikat rambut rapi-rapi,
suruh pakai kasut kulit,
suruh pakai baju masuk dalam,
suruh sarung tali pinggang hitam,
baru orang pandang.

bapak.

suruh aku dengar orang pompang-pompang,
suruh aku ramai kawan,
suruh aku kenal orang,
suruh aku ke sana ke sini,
baru kenal orang.

bapak.

suruh aku pompang-pompang pulak,
suruh aku jual mulut,
suruh aku tahan maki,
suruh aku cari sampai dapat,
baru tahu rezeki.

bapak ajar,semua untuk bapak.

bapak kata..'untuk kesenangan kau,bukan untuk bapak'..

Rabu, Disember 5

sesuap nasi

kepala-kepala kau aku tak boleh nak perhiaskan dengan duit,
kepala-kepala kau aku tolong cucikan,
kepala-kepala kau aku angkuhkan pada sifat keterbukaan,

sebab...
kepala-kepala kau penuh kutu,
kepala-kepala kau penuh dengan minyak kotor,
kepala-kepala kau penuh ego,

sampaikan sesuap nasi yang aku makan pun lebih baik dari kepala-kepala kau.