Isnin, Julai 22

Rahsia Dia

dalam niat ada sangsi 
dalam sangsi aku berbagasi 
bagasikan cita dan kasih 
pada Dia yang masih 

berdandan peluh terpelocok 
aku masih dalam keadaan yang becok !
aku aturkan sedikit demi sedikit untuk Dia 

dan
aku mula ..

kupik rahsia Dia 
lapar , 
dahaga ,
kenyang dan hanyut lapar kembali 

kerana rahsia Dia .. 

Jumaat, Julai 5

P.E.R.E.M.P.U.A.N

kau mahu isi ?
ya,aku mahu .

nah , ini plastik yang tiada nilai di dunia ini .
Kau isilah sebaik mungkin sebab aku tak berikan kepada sesiapa plastik ini kecuali kau .

*tak ada seurat kasih dari mulut untuk mengucapkan terima kasih*

apa yang ada hanya lumpur ,
warna hitam menyelubungi jernih tanpa sedar ada serangga yang sedang membiak ..
pimpinlah sembilan akal di ruang mulut 
dan pimpinlah satu napsu kerana sayang dari Dia ..