Sabtu, Februari 2

nanti

aku kenal kau,
seorang sunti yang punya jiwa yang besar,
besar dari saiz yang kau miliki..


dengan jiwa kau yang besar itu,
kau tak pegang,
kau tak genggam,
kau tak ikat,

cuma..
kau sentuh,
kau rasa,
dan kau biarkan.

kau padamkan kerana takut.
aku turutkan kerana kau tahu jawapannya..
nanti...